Kasi tabik spring kat followers

Sunday, 28 August 2011

Maaf atas post yang tidak berfaedah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.......



Kebanykan post-post saya sebelum ini terdapat unsur pendedahan aurat,hiburan yang terlampau dan post yang tidak memberi manafaat. Tersentuh hati saya sepotong hadis yang menerangkan hal-hal berkaitan Iman.Hiburan boleh dibolehkan di dalam Islam tetapi perlulah tidak keterlampauan, mendedahkan aurat, dan hal-hal yang dikaitkan boleh membawa dosa. 
     
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri."



KEMATIAN: 
Semua insan di dunia termasuk pembaca yang membaca post ini turut akan merasai kematian.


 “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185)

Kematian itu pasti dan ajal yang datang itu tidak boleh dielak oleh makhluk ciptaan Allah.

“Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).

Mengigati kematian adalah sunat tetapi bukanlah sehingga terlalu ekstream seperti tidak lalu makan dan meninggalkan urusan dunia terus sehingga melupakan tanggungjawab.Rasulullah pernah bersabda:

“Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan nikmat iatu mati”
Sepanjang saya cuti selama 4bulan banyak telah mempelajari ketika menghadiri orang yang nazak dan orang yang telah meninggal dunia.Ketika insan sedang nazak untuk mati, orang sekelilingnya tidak tahu apa yang dilihat dan dirasai  kesakitan merasai azab sakaratul maut oleh orang yang nazak.
Sesungguhnya semua manusia diberi masa 24jam yang sama tetapi janganlah rugi akan masa yang anda telah bazirkan selama mana anda telah hidup...moga menjadi renungan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...